|
Habbatus sauda : khasiat
tersembunyi !
Habbatus Sauda merupakan satu jenis tumbuhan yang berbentuk rumput kecil. Habbatus sauda mempunyai batang yang mana ketinggiannya adalah lebih kurang setengah hasta. Ia biasanya mengeluarkan bunga berwarna biru yang mana di dalamnya terdapat biji Habbatus sauda. Herba ini biasanya terdapat di negara-negara Arab dan ia dikenali melalui berbagai nama seperti Habbatussauda di Mesir dan Syam), di dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa ataupun Black Cumin. Habbatus sauda mempunyai khasiat-khasiat yang amat tinggi. Habbatus sauda mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan ini berasaskan kajian boleh membantu untuk menyembuh beberapa penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia. Habbatus sauda adalah satu supplement/ubat yang mampu untuk membetulkan perjalanan sistem tubuh manusia. Ia membersihkan darah serta dapat menjadikan sesorang individu lebih bertenaga dan sihat . Di bawah adalah 3 daripada 7 ciri-ciri utama pada habbatus Sauda: 1. Pemakanan Habbatus Sauda sebenarnya kaya dengan: ~ monosaccharide glukosa, xylosa dan sebagainya. ~ polysaccharide ~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA sebenarnya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utama bahan ini ialah dari pemakanan ~ amino acid yang membentuk protein ~ karotene iaitu sumber vitamin A ~ kalsium, zat besi, dan sebagainya. 2. Meningkatkan sistem imunisasi Kajian dilakukan di Arab Saudi telah mendapati, habbatus sauda berupaya dalam meningkatkan sistem imunisasi badan manusia (daya tahan melawan penyakit). Oleh sebab itu, herba ini mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit berkaitan yang lain. 3. Anti-histamine Histamine merupakan bahan dikeluarkan oleh sel mati dalam badan yang boleh menyebabkan kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang akan dapat menghalang protein kinase C, yang merupakan sejenis bahan yang menyebabkan terhasilnya histamine. Oleh disebabkan penghidap penyakit asma selalu mengalami masalah alahan, habbatus Sauda adalah mungkin baik di ambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini. Habbatussauda , herba yang pernah disebut dalam hadis nabi. |